More details Pergerakan Pengakap Malaysia By Amzan bin Abd. Malek & Hazira binti Hamsah A. Published by PTS Professional ISBN 9833585906, 9789833585908 berikut merupakan senarai isi kandungan yang terdapat dalam E-Book Pergerakaan Pengakap Malaysia:-
Pengenalan Baden , Mafeking , Sarawak Pentadbiran Pengakap Malaysia di-Pertuan Agong , Pengakap Remaja , Unit Pengakap Asas Pengakap Malaysia , Setiap ahli Pengakap , Pengakap mestilah Istiadat Pengakap Akela , Pengakap Kanak-kanak , ahli Pengakap Perbarisan Pengakap arahan , ahli Pengakap , Pandang depan Lencana Pengakap Lencana Keahlian , ahli pengakap , Pelukis Pengetahuan dan Amalan Pengakap seseorang ahli pengakap , Anduh , Mengetahui cara-cara Simpulan dan Ikatan geti , perkhemahan , Bahan-bahan yang diperlukan Komunikasi dalam Pengakap Mafeking , wisel , Isyarat Sulit Masakan Pengakap Mowgli , Bagheera , Kangkung Lampiran Simpul , jenis gejet , Pelukis ********************************************************************************************* Sila tekan butang komen dibawah. Terima kasih atas komen amda..
Pasukan Latihan PPMCS Daerah Kota Marudu, akan menganjurkan kursus tersebut pada :
Tarikh : 20 Jun 2009 (Sabtu) Masa : 08.00am – 05.00pm Tempat : SMK Kota Marudu II Yuran : RM 10.00 (Termasuk makan & sijil) Pemimpin / Penolong Pemimpin / Kelana di manapun anda berada terutamanya dari Bahagian Pantai Barat Utara yang berminat adalah dijemput untuk menyertai kursus ini. Pemimpin yang dah lama berehat dan ingin ‘refresh’ semula juga dialu-alukan untuk buat ‘come back’.
maklumat lanjut : Skipper Makrin Hj. Sudi (ADC Pentadbiran PPMCS Kota Marudu) Tel : 019-8021274 / 012-8207307 e-mail : abangmax@yahoo.com.my ********************************************************************************************* Sila tekan butang komen dibawah. Terima kasih atas komen amda..
Kem Lencana Jaya Peringkat Daerah Keningau akan di adakan pada :
Tarikh:30 Mei 2009 - 1 Jun 2009 Tempat:Taman Rekreasi Kg. Banjar, Keningau. unutk maklumat lanjut sila layari web rasmi PPM Bahagian Keningau,Sabah; http://www.pengakap.my/keningau/ ********************************************************************************************* Sila tekan butang komen dibawah. Terima kasih atas komen amda.. Read More..
1. Ahli-ahli Pengakap Tahun 4 dan 5 ( Sekolah Rendah ) 2. Tingkatan 1, 2 dan 4 ( Sekolah Menengah )
Syarat-syarat penyertaan:
1. Sihat tubuh badan 2. Ahli yang telah mendaftar sahaja. 3. Setiap 10 orang ahli yang ingin menyertai perlu diiringi oleh seorang guru pengiring. 4. Guru pengiring perlu berada bersama-sama murid sepanjang perkhemahan. Penyertaan dari sesebuah sekolah terbatal jika tiada guru pengiring yang mengiringi. 5. Setiap sekolah perlu menyediakan khemah untuk murid-murid mereka sendiri.
Nota:
1. Mana-mana ahli yang berminat bolehlah membuat persediaan dan persiapan daripada sekarang. Borang penyertaan akan dikeluarkan. 2. Guru-guru pemimpin yang berminat untuk menjadi petugas-petugas semasa kempori, sila hubungi ADC program melalui emel di :
More info: http://ppmputrajaya.blogspot.com/ ********************************************************************************************* Sila tekan butang komen dibawah. Terima kasih atas komen amda.. Read More..
Persidangan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah 2009 telah diadakan pada 1 hingga 3 Mei, 2009 bertempat di Kompleks Tabung Haji Sabah, Kota Kinabalu.
En. Nourman Rayn (Ketua Urusetia) sedang memberikan penerangan kepada Pesuruhjaya Daerah yang mendaftar.
Kad Pengenalan diri yang digunakan sepanjang Persidangan.
Persidangan ini telah dihadiri oleh seramai 85 orang Pesuruhjaya Pengakap dari seluruh Negeri Sabah yang merangkumi jawatan-jawatan :
KETUA PESURUHJAYA NEGERI
(STATE CHIEF COMMISSIONER) TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA NEGERI
(VICE STATE CHIEF COMMISSIONER) PENOLONG KETUA PESURUHJAYA NEGERI
(ASSISTANT STATE CHIEF COMMISSIONER) PENOLONG PESURUHJAYA NEGERI
(ASSISTANT STATE COMMISSIONER/ASC)
PESURUHJAYA IBUPEJABAT NEGERI (STATE HQ COMMISSIONER) PESURUHJAYA BAHAGIAN
(REGIONAL COMMISSIONER/RC) PESURUHJAYA KAWASAN
(AREA COMMISSIONER/AC) PESURUHJAYA DAERAH
(DISTRICT COMMISSIONER/DC)
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah sedang memberikan taklimat awal berkenaan perjalanan persidangan.
Mejar (B) Baharudin Ujang (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri-Latihan)sedang memberikan taklimat berkenaan pelaksanaan Istiadat Menerima Perlantikan dan Menandatangani Watikah kepada para Pesuruhjaya.
Ketua Pesuruhjaya Negeri sedang menerangkan tentang Pelan Perancangan Strategik Pengakap Sabah (CTTR) 2004-2009 dan mengarahkan agar Jawatankuasa Khas melaksanakan fasa kedua CTTR 2010-2015.
Istiadat Perlantikan dan Menandatangani Watikah telah diadakan pada 2 Mei 2009.
Para Pesuruhjaya sedang menanti giliran untuk menerima Watikah Perlantikan
Pesuruhjaya Kanan Pengakap Negeri Sabah sedang melafaz ikrar menjalankan tugas di hadapan Ketua Pesuruhjaya Negeri
En. Philip Chin (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri) sedang menandatangi Watikah perlantikan beliau.
Persidangan yang berlangsung selama 3 hari ini telah menghasilkan beberapa resolusi dan pengumuman yang penting untuk memajukan lagi Pergerakan Pengakap di Negeri Sabah. Antara Resolusi dan pengumuman yang telah diadakan adalah :
PENUBUHAN DAERAH PENGAKAP TUNGKU YANG DIPISAHKAN DARIPADA DAERAH LAHAD DATU. PELAKSANAAN FASA KEDUA PERANCANGAN STRATEGIK PENGAKAP SABAH (CTTR) 2010 – 2015. PENGUMUMAN WARTA PENERIMA ANUGERAH PENGAKAP NEGERI SABAH. PENERANGAN KAEDAH PELAKSANAAN SKIM LATIHAN TERKINI.
Datuk Amir Bek Amir Husein (Penolong Pesuruhjaya Negeri-Bahagian Tawau) sedang memberi cadangan berdasarkan pengalaman beliau sepanjang puluhan tahun berpengakap. Di sebelahnya adalah Datuk OKK Haji Murshidi Nambi (Penolong Pesuruhjaya Negeri-Bahagian Pantai Barat Selatan) yang merupakan pengasas kumpulan Pengakap Kelana Pertama di Sabah pada tahun 1947 di Kota Belud.
GELAGAT DAN AKSI PARA PESURUHJAYA DI SEPANJANG PERSIDANGAN
********************************************************************************************* Sila tekan butang komen dibawah. Terima kasih atas komen amda..
Kursus Asas Tarian Kebudayaan Pengakap Remaja Daerah Keningau.
!!! HARAP MAKLUM, Kursus Asas Tarian Kebudayaan tidak dapat di adakan pada tarikh yang telah di tetapkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak. pihak penganjur memohon maaf atas segalah kesulitan yang berlaku.
Tarikh : Akan diberitahu kelak
sasaran : Pengakap Remaja (terhad kepada 10 orang sahaja bagi setiap sekolah. 5 lelaki & 5 perempuan)
Sempena sambutan ulangtahun ke-100 Pergerakan Pengakap di Malaysia, satu Perhimpunan Raksaksa Sambutan 100 Tahun Persekutuan Pengakap Malaysia telah diadakan pada 25 April 2009 bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Perhimpunan yang telah dihadiri oleh lebih 2000 orang ahli Pengakap dari seluruh Malaysia ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir di dalam perhimpunan ini adalah Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Yang Berhormat Dato' Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Antara tetamu Jemputan antarabangsa yang turut hadir adalah Mr. Jejomar C. Binay (Pengerusi, Komiti Pengakap Asia Pasifik) Mr. Abdullah Rasheed (Pengarah, Pengakap Wilayah Asia Pasifik), duta-duta serta wakil Pengakap dari lebih 16 buah Negara dalam wilayah Asia Pasifik.
Barisan Pesuruhjaya dan Ahli Pengakap Negeri Sabah yang hadir ke Perhimpunan ini.
Para peserta daripada kalangan Pengakap Kelana Negeri Sabah bersama Setiausaha Eksekutif Pengakap Sabah
Dalam perhimpunan ini, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah telah diwakili oleh 35 orang yang terdiri daripada 25 orang Pesuruhjaya serta Ahli Majlis, 8 orang Pengakap Kelana dan 2 orang Pengakap Remaja.
PENYAMPAIAN PINGAT DAN ANUGERAH
Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah menerima pengiktirafan dan Anugerah “Most Prestigious Scout Award” daripada Pertubuhan Pengakap Sedunia (WOSM) didalam perhimpunan yang gilang gemilang ini.
Barisan Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Negeri-negeri yang menerima Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia
Dalam perhimpunan ini juga, seramai 100 orang Pemimpin Pengakap berjasa daripada seluruh negara turut menerima Anugerah Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia.
Seramai empat orang pemimpin Pengakap daripada negeri Sabah telah terpilih untuk menerima pingat semasa acara ini yang terdiri daripada :
Y. Bhg. Datuk Haji Yusoff bin Datuk Seri Panglima Hj. Mohd. Kassim (Yang DiPertua, Majlis Pengakap Negeri Sabah)
Y. Bhg. Datuk Awang Zaini Haji Suntim (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah)
Y. Bhg. Encik Philip Chin Saw Voon (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah)
Y. Bhg. Datuk Haji Murshidi bin Nambi (Penolong Pesuruhjaya Negeri-Pantai Barat Selatan)
Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Hj. Suntim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah menerima Pingat 100 Tahun Pengakap Malaysia daripada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia
Antara acara dan tarikan yang disediakan semasa perhimpunan ini adalah Persembahan Kompang Formasi Pengakap Kanak-kanak, Kawad oleh Unit Pengakap Udara Negeri Johor, Pameran-pameran Sejarah Pengakap Malaysia, Unit-unit Pengakap, aktiviti dan juga jualan Kedai Pengakap.
"Saya merupakan satu-satunya Ketua Pesuruhjaya Negeri di Malaysia yang memegang Lesen Radio Amatur Kelas A". Agaknya itulah yang diterangkan oleh Y.Bhg. Datuk Awang Zaini Hj. Suntim (9M6MZ) kepada pengendali pameran radio amatur sambil diperhatikan oleh Pesuruhjaya Daerah Tawau, En. Mohd. Sayful Foo (9W6 MSY)
Semua peserta perhimpunan ini telah diberikan sijil Khas 100 tahun Pengakap Malaysia serta beg cenderamata.
SUMBERINFO:
********************************************************************************************* Sila tekan butang komen dibawah jika entri ini betul-betul bermanfaat. Terima kasih atas komen amda.