Pengakap sertai kursus ikhtiar hidup
KENINGAU Seramai 51 ahli pengakap muda dan remaja daerah Keningau menyertai Kursus Penyesuaian Diri dan Ikhtiar Hidup selama dua hari di Taman Bandukan Bingkor dekat sini baru-baru ini.
Kursus berkenaan dianjurkan oleh Unit Latihan Pengurusan Pengakap Daerah Keningau.
Pengerusi penganjur, Andrew Charles berkata, sepanjang kursus itu peserta di tempatkan di kawasan hutan iaitu kira-kira satu kilometer dari taman tersebut
''Mereka ada dibekalkan dengan kelengkapan asas serta makanan. Mereka juga diberikan tugasan seperti membina pondok ringkas tanpa khemah untuk berteduh dan membina tempat tidur," katanya di sini.
Andrew berkata, kursus itu bertujuan mendidik ahli-ahli pengakap menguasai kemahiran berdikari di samping menerapkan kekuatan mental dalam diri mereka.
''Gaya hidup moden juga menjadi faktor pengakap-pengakap pada masa kini kurang menguasai ilmu pengakap terutamanya ilmu ikhtiar hidup dan kekuatan mental yang amat diperlukan," ujarnya.










0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih asat komen membina anda
Thanks for u comments