SK Sri Keledang, Hulu Selangor, Selangor, menganjurkan Kursus Ketua Patrol dan Ketua Sekawan untuk ahli pengakap peringkat daerah Hulu Selangor, baru-baru ini.
Melalui program itu, ahli pengakap sekolah didedahkan peranan dan tanggungjawab pemimpin bagi memastikan aktiviti mencapai objektif.
Ketua kursus, S.Santharasekaran, berkata program itu bertujuan mendedahkan ilmu pengakap dan nilai kepimpinan supaya ketua patrol dan sekawan dapat menerajui kumpulan pengakap dengan lebih berkesan.
"Program ini menyuntik banyak nilai murni selain memberi definisi baru kepada mereka mengenai erti tanggungjawab.
"Jika sentiasa disemat dan disuntik dengan dorongan, tentu mereka akan mempraktikkan dalam kehidupan," katanya ketika majlis perasmian yang disempurnakan Guru Besar SK Sri Keledang, Awang Mat Saman.
Pelajar tahun enam, Al Amin Fikri Mustafa Kamal, 12, berkata peluang mengikuti kursus itu dimanfaatkan bagi melatih dirinya sebagai ketua.
"Sebagai ketua sekawan, saya perlu ada persediaan diri seperti berani memberi arahan kepada orang lain."Setiap pergerakan dan tingkah laku juga sering menjadi perhatian, justeru saya perlu beri contoh baik supaya dihormati,"
katanya.Rakannya, Afiq Syazwan Baharuddin, 12, berkata ilmu dan nilai murni yang diperoleh menerusi pengisian aktiviti mampu membentuk personaliti positif pelajar.
SUMBER INFO:








0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih asat komen membina anda
Thanks for u comments